Nuffnang Ads

Apesal.com

September 04, 2013

alhamdulillah

hi semua, assalaamualaikum. harap semuanya sihat2 belaka.
urm seperti biasa kehadiranku membawakan cerita2 sensasi berkenaan diriku mahu pun isu sekeliling. gituh aku kan. haha

actually i dikejutkan dengan berita gempak dari member i, nama die mak jah, one of besties kat UPM -finally i reveal kat uols yg i student UPM, bangga tak korang? hihi- mak jah call i pagi tadi, tapi macam biasa lah selagi matahari tak tegak kat kepala mana nak bangun, paling dahsyat pon lepas azan zuhur lah. hihi kepada bakal2 GF -gituh kan- maafkan diri ini jika BF uols ni kuat membongkang di kala cuti. hihi. ni lah hobi saya haha

lagi pon setiap kali nak tidur, i memang off phone pon, nak saving battery katenya. hurm kat rumah jer aku buat macam ni, yela semua dok bahan aku "penyumbang bil elektrik tinggi kat rumah ni", sentap aku setiap dok rumah, haha. so to mak jah, i'm so sorry sebab tak angkat phone tadi. 

as usual jugak lah, setiap kali bangun twitter jadi keutamaan, sanggup tengok tweet yg 10hours ago semata nak tengok apa yang mak jah ni nak. tunggu punya tunggu jumpa lah tweet die. dia mencarut di situ. takut ok sekali die carut bergoncang dunia twitter, propah hihi

itulah carutan dari mak jah, menakutkan, hihi


lepas tengok tweet die, terus aku log in kat eSMP -student portal, mainly untuk daftar subjek la- aku pon xder cuak sangat sebab redha jer dengan apa yang bakal aku dapat. maklumlah banyak buat onar kat tempat LI kan. biasalah rebel hihi. bebudak kolej da tahu aku memang otai pon. unexpected result iols dapat ok, memang tak sangka sangat2, dapat A uols, A kau, actually i really crave for that grade to raise my pointer. alhamdulillah to Allah because He gave me such grade that i never expect at. 

aku pon terus la whatsapp akak2 lab say thanks sebab bagi tunjuk ajar semua, yelah tanpa dorg siapa lah i kan, propa lagi, kih3. i rasa report i je yang paling tebal antara bebudak lain. so agak berharga jugak lah bila duit banyak keluar dan dapat gred yg super awesome. erm harap2 kawan2 lain dapat good grade la jugak especially wawa ,my intern partner. weols bersama susah dan senang selama 8 minggu. 

hurm agak panjang iols berceloteh kali ni, ye la eksited kan, hihi. erm moral nya usaha tangga kejayaan. every journey began with a single step. lastly, sesungguhnya keredhaan itu perlu terutamanya ibu bapa dan pengajar. ok lah bye ...  

September 02, 2013

Sentiasa Di Hati Ku ..

hai semua, assalaamualaikum. harap semuanya sihat2 belaka.
ern hari ni i terbangun lewat sikit , maklumlah cuti kan, so jadi tidur pon lewat la jugak kan. hahaha. konsep2 layan mid night movie gituh. haha

erm minggu ni agak sendu sebenarnya. hujan jer petang2 jadi nak keluar pon fikir 25 kali dulu, over nya aku sampai 25 nih. hihi. hari ni nak share pasal member2 kat kolej. erm sebenarnya ramai je kawan2 kat kolej tuh tapi to me, mereka ni yang paling rapat among the rest la. hihi

ni la geng2 i tuh, kak uda i cilok gambar uols kejap hak3
to me, tanpa dorang macam tak lengkap 1 family tuh. almaklumlah, dalam sesebuah family tuh mesti ade ketua. ketua ni bukan untuk arah orang buat kerja sahaja tapi juga untuk menyampaikan pandangan dan idea yang dirasakan sesuai untuk seseorang itu.

hurm sebenarnya dalam family nih, semua saling memerlukan. tak kira dia orang penting mahu pun tidak, kita saling memerlukan. ini kerana kita lemah tanpa satu sama lain. gituh aku berceloteh kat sini kan. hahaha.

kau ilhamku ...

erm walau pun ada sebahagian daripada kami yang sudah menamatkan pengajian tapi hubungan itu tak putus di pertengahan jalan. fb , twitter (mana yg ade akaun jer yer, hihi) , whatsapp, viber , line -banyak la pulak apps sekarang nih, tak gigih nak tulis semua,hihi- menghubungkan kami tak kire di mana sahaja korang berada. Digi kan ado, "bersama mu..... walau di mana jua" hahaha

erm, to me, korang memang the best sebab susah senang kita sentiasa bersama. alamak sedih la pulak aku kan kat sini. hihihi. erm harap nya dapat bersua lagi dengan korang2 da grad nih. rindu much ok. hik3.

ok la itu sahaja untuk kali ni, to all readerz, harap bersua lagi, sambil2 tu bole la usha2 entry i yg lepas2 tuh. hikhik promote jap. erm sebelum menutup tirai, enjoy la gambar2 kat bawah nih, bye2 ...



We love MTM 11/12 -evah- 

sekitar MPPMTM 

partner forever , Sekt Pengantarabangsaa dan Integrasi 2011/12

September 01, 2013

Jalan Jalan Jumpa Kawan (J3K)


hai semua, apa kahabar? harap semuanya sihat2 belaka, oppps lupa bagi salam, assalaamualaikum.
takut ada yang mencarut kat i jap lagi kan. hahaha

erm memandangkan masih dalam mood raya jadi i nak share 1 story dengan uols semua, kalau hari raya je mesti ada open house. kadang2 tu banyak sangat sampai tak tahu nak pergi yang mana 1 dulu. almaklumlah orang popular, tak jemput karang tak meriah pulak majlis tu, plus memang majlis tu memang nak suruh kau datang pon kan. dah kenapa aku carots kan, da macam AA dah -korang kenal tak AA tu sape? google yer- hihihi

yang atas ni pendahuluan jer hihi, da macam karangan pulak aku hihi, musim peperiksaan la katakan, tak lama lagi UPSR, manalah tahu keluar pasal rumah terbuka, bole je uols -yang umor 12 tahun je- ambil idea i ni tapi olah guna ayat sendiri, gituh aku. hihi

erm sepanjang raya ni i takde la ligat sangat berkunjung rumah sedara tapi banyak ziarah rakan2 yang ajak datang rumah diorang. alamklumlah kawan2 i semua ade yang dah bekerjaya, jadi busy memanjang. plus ade je yang masih belajar macam i,  so ini adalah platform terbaek untuk kami reunion. ade je kawan2 kolej yang ajak datang rumah die, walau pon jauh tapi kami gigih la datang ke rumah die.

selain jumpa dengan makan, ktorang ade gak imbau sejarah lampau masa sekolah. yang i tak bole terima bile masing2 cakap i makin kering. rasa mcm nak mencarut pon ade hihi, tak der lah i just wondering, korang nampak betul ke tak nih? i rasa i makin kembang kot. hihi. btw terharu gak bile member2 cakap i da makin havoc, maklum la bebudak kolej mulut longkang cakap macam dorg tu cantik sangat je kan, eh aku emo lagi hihihi

ok tu sekitar kami ke open house...
kat rumah liyana -geng pengganas sekolah, pengawas-

konvoi sgt, ke rumah YHMJ , banting 

yg ni masa merdeka, rumah noraini (yg baju hitam free hair)

opps lupa, walau pon da 2X tapi still dapat raya ok, malas nak tunjuk la kan, hihi

itulah dia J3K i tahun ini, tak tahu la bile lagi dapat jumpe korang, gegosip, lepak2 dan movies maybe? hahaha. erm btw i still rasa i makin chubby. hurm kene jog nih masuk kampus next week. ok itu saja buat kali ini. jumpe uols dalam entry yang akan datang bye ...

August 31, 2013

Merdeka Malaysia Ke-56

hi semua, assalaamualaikum. harap semua nya sihat2 belaka.

hurm terlebih dahulu nak ucap Selamat Hari Merdeka Malaysia Ke-56. hurm dah 56 tahun negara kita merdeka uols. memandangkan i terdetik untuk share pasal merdeka, so korang tahu ke merdeka tu ape dan macam mana Malaysia merdeka? hihi saje nak test knowledge korang dulu, mana tahu korang lupakan hihi. 

Merdeka bermaksud sesebuah negara itu bebas daripada penjajahan. Itu definisi secara am lah, sebenarnya merdeka ni banyak erti ada yang cakap pasal buah fikiran maksudnya perubahan ke arah yang lebih matang. selain itu juga perubahan dari segi perbuatan iaitu jadi lebih baik daripada yang sebelumnya. -herm marilah kita berhijrah yer rakan2 sekalian- hihi

sebenarnya merdeka ni bukan sahaja mengenai perbuatan mahu pun pemikiran tapi cara kita hargai perjuangan tokoh2 kemerdekaan itu sendiri. sebagai generasi masa kini, kita seharusnya menghargai perjuangan meeka kerana ia bukan lah satu usaha yang mudah untuk dikecapi oleh kita semua. -sesungguhnya dirimu begitu berharga, gituh- hihi

selain itu, penghayatan itu perlu kerana kita mahukan negara ini sentiasa aman dan damai serta bebas daripada segala unsur penjajahan. sememangnya generasi masa kini bergerak seiring dengan teknologi, tapi jangan dilupa pengorbanan mereka yang terdahulu kerasa tanpa mereka kita tidak dapat meneruskan hidup yang selesa seperti sekarang. -jangan nak enjoy jer duit tu mak bapak korang yang bagi jadi jimat2 ok, untuk masa depan korang gak- hihi
logo merdeka tahun 2013


hurm rasanya itu sahaja berkenaan entry hari ni, apa2 pon hargai lah perjuangan mereka yang terdahulu. sebelum mengundurkan diri, "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku", bye2 ... 


August 30, 2013

Facebook VS Twitter (part 1)

hai semua, assalaamualaikum. harap semuanya sihat2 belaka.

hurm sebenarnya bosan sebab tak der ape nak buat hahaha. hurm ok tak nak borak panjang, korang mesti tertanya kenapa i utarakan tajuk "Facebook VS Twitter" hari ni. sebenarnya kalau kita tengok , facebook bukan lah medium yang popular bagi kaki2 online untuk meng"expose"kan diri mereka. walau pon facebook ni telah lama wujud tapi sekarang twitter lebih dekat di hati -UiTM dihatiku, hihi btw saya bukan budak UiTM okay-

bagi saya yang 24/7 online, twitter ni medan untuk saya meluahkan isi hati di kala bosan atau pon tengah moody. twitter bagi saya lebih simple dan more trending berbanding facebook sekarang. facebook masih lagi saya gunakan tapi untuk tujuan tertentu sahaja. facebook saya guna untuk check info2 penting macam notis2 dalam group dan lain2 maklumat. kalau twitter ni saya guna untuk semua benda, nak mengumpat, gosip dan lain2 yang saya rasa sesuai hihi

selain tu, facebook ada macam2 game -kalau uols semua gamers la- tapi twitter tak de semua tuh. so sebab tu saya cakap yang twitter ni lebih simple dan hipster -kencang tak word saya- hihi

ni pasal negaraku 
selain itu, kalau dekat facebook ade banyak page yang korang bole like, macam twitter pon bole jugak even share pon bole jugak okay. 1 perbezaan yang major ialah "hashtag (#)", ini yang buat twitter tu trending dengan isu2 tertentu. hurm so kat hashtag tu korang bole tengok ade je yang support isu tuh dan ade jugak yg maki2 bagai, so lumrah lah benda tu. manusia tak pernah puas hahaha

erm rasanye itu saje kot untuk kali ni, selamat bercuti bagi readers i yang tengah cuti sem tu -bebudak degree utamanya- hihi, ok bye ...

August 29, 2013

ragam dan rasa

hi semua, assalaamualaikum ! apa khabar semua readerz? harap2 semuanya sihat2 belaka

hurm baeklah, entry kali ni berkenaan dgn ragam dan rasa, erm apa yg korg sume rasa bila i sebut pasal "ragam". erm actually ia pasal manusia. maklumlah, manusia ni makhluk kompleks diciptakan tuhan yg mana kita adalah makhluk paling advance dr makhluk lain. ini kerana kita ada akal utk berfikir, dan kita lebih maju daripada makhluk yg berada di bumi Allah ini.

hurm ok, sebenanrnya manusia ni memang pelik, sebab kita x pernah rasa bersyukur atas apa yg kita ada, contoh, 2 orang kawan, A ada kereta B pon ada kereta, tapi berbeza syarikat keluaran, si A kereta dia keluaran Malaysia jer, tapi si B keluaran luar negara, jadi si A rasakan persaingan utk memiliki kereta yg sama mcm si B. utk dptkan kereta yang sama si A berusaha bermatian untuk memiliki model kereta yang sama. jika difikirkan secara logik, kereta semua sama tujuan nya untuk menggerakkan kita ke suatu tempat. jadi rasa nya duit yg kita dapat tu digunakan untuk tujuan lain. 

selain itu juga, manusia memang pelik sebab suka cari kesalahan orang, dalam kata lain, dengki. golongan ni memang ramai, x kira laki ke perempuan sama jer -eh aku lak yg emo kat sini hihi- golongan2 ni memang x pernah senang duduk dengan kejayaan orang lain, dorg akan cari jalan untuk jatuh orang lain supaya mereka terus berada di hadapan berbanding orang lain. orang2 macam ni jangan dijadikan kawan, sebab ada potensi dia tikam kita dari belakang. 

erm selain golongan hasad dengki, golongan baek pon ade, golongan ni memang banyaklah x terkata jumlahnya. haha. erm golongan ni selalu je jadi mangsa dalam pelbagai keadaan. golongan ni sepatutnya dijadikan teman sebab mereka ni akan dorg kita ke jalan yg benar dan kejayaan. jadi kita perlu hargai kehadiran diorang dalam kehidupan kita.

itulah ragam manusia, hayati kata2 diatas


hurm, baeklah cukup sahaja sampai di sini, yg baek itu datangnya dari Allah, yg buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. jupe nanti bye ... 

August 28, 2013

Diet vs Kurus kering (bahagian 2)

hai semua. assalaamualaikum!!! apa khabar? harap semuanya sihat2 belaka.
erm to all readerz, nak minta maaf sbb update blog lambat hari ni, maklumlah cuti semester kan ade berbaki hampir 2 minggu, jadi i pon beraya lah kat rumah member2. hihi, jalan2 cari makan gituh

erm ok berbalik pada tajuk kali ini, i rasa ramai yg menggemarkan tajuk ini, mungkin sbb ramai yg nak jadi kurus? -btw i xder la kurus mana, BMI pon ok2 jer, tahap ideal gituh- erm jadi kali ni, i nak bawak topik AIS KRIM.

hurm i yakin ramai yg gemar akan "makhluk" ini. secara fizikal nya ais krim boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa. bukan itu sahaja, harga pon korang patut  ambil tahu, almaklumlah sekarang ais krim pon dah terkenal di merata tempat, contoh BR (Baskin Robin) , Tutti Fruitti dan lain2 lagi yg i rasa uols semua tahu.


yummy, pelbagai perisa dan warna

baeklah, ais krim atau pon manisan adalah makanan yg kurang elok utk kita amalkan dalam pemakanan sebenanrnya. ini kerana manisan ini mengadungi kandungan gula yang tinggi -6 sudu uols banyak ok- selain itu manisan ini juga turut mengandungi bahan perasa -food coloring kata orang puteh hihi- yg mana kita sendiri xtahu berapa peratus bahan tersebut diletakkan dalam ais krim yg kita makan. 

jadi, i menggalak uols semua, selepas makan ais krim tu minum la air puteh banyak2, sebab nak bagi "neutralkan" kandungan gula dgn pewarna yg telah uols semua ambil. ini juga untuk elakkan uols semua kene penyakit macam batuk2 ke, selesema kan -i concern psl readerz i hot lagi jelita ok hihihi- 

baeklah, sampai disini dahulu berkenaan topik kita. hurm btw kurangkan manisan dalam makanan, tingkatkan manisan dalam senyum -promote iklan kementerian kesihatan malaysia katenye- ok bye, chow 

Nuffnang Ads