Nuffnang Ads

Apesal.com

August 31, 2013

Merdeka Malaysia Ke-56

hi semua, assalaamualaikum. harap semua nya sihat2 belaka.

hurm terlebih dahulu nak ucap Selamat Hari Merdeka Malaysia Ke-56. hurm dah 56 tahun negara kita merdeka uols. memandangkan i terdetik untuk share pasal merdeka, so korang tahu ke merdeka tu ape dan macam mana Malaysia merdeka? hihi saje nak test knowledge korang dulu, mana tahu korang lupakan hihi. 

Merdeka bermaksud sesebuah negara itu bebas daripada penjajahan. Itu definisi secara am lah, sebenarnya merdeka ni banyak erti ada yang cakap pasal buah fikiran maksudnya perubahan ke arah yang lebih matang. selain itu juga perubahan dari segi perbuatan iaitu jadi lebih baik daripada yang sebelumnya. -herm marilah kita berhijrah yer rakan2 sekalian- hihi

sebenarnya merdeka ni bukan sahaja mengenai perbuatan mahu pun pemikiran tapi cara kita hargai perjuangan tokoh2 kemerdekaan itu sendiri. sebagai generasi masa kini, kita seharusnya menghargai perjuangan meeka kerana ia bukan lah satu usaha yang mudah untuk dikecapi oleh kita semua. -sesungguhnya dirimu begitu berharga, gituh- hihi

selain itu, penghayatan itu perlu kerana kita mahukan negara ini sentiasa aman dan damai serta bebas daripada segala unsur penjajahan. sememangnya generasi masa kini bergerak seiring dengan teknologi, tapi jangan dilupa pengorbanan mereka yang terdahulu kerasa tanpa mereka kita tidak dapat meneruskan hidup yang selesa seperti sekarang. -jangan nak enjoy jer duit tu mak bapak korang yang bagi jadi jimat2 ok, untuk masa depan korang gak- hihi
logo merdeka tahun 2013


hurm rasanya itu sahaja berkenaan entry hari ni, apa2 pon hargai lah perjuangan mereka yang terdahulu. sebelum mengundurkan diri, "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku", bye2 ... 


August 30, 2013

Facebook VS Twitter (part 1)

hai semua, assalaamualaikum. harap semuanya sihat2 belaka.

hurm sebenarnya bosan sebab tak der ape nak buat hahaha. hurm ok tak nak borak panjang, korang mesti tertanya kenapa i utarakan tajuk "Facebook VS Twitter" hari ni. sebenarnya kalau kita tengok , facebook bukan lah medium yang popular bagi kaki2 online untuk meng"expose"kan diri mereka. walau pon facebook ni telah lama wujud tapi sekarang twitter lebih dekat di hati -UiTM dihatiku, hihi btw saya bukan budak UiTM okay-

bagi saya yang 24/7 online, twitter ni medan untuk saya meluahkan isi hati di kala bosan atau pon tengah moody. twitter bagi saya lebih simple dan more trending berbanding facebook sekarang. facebook masih lagi saya gunakan tapi untuk tujuan tertentu sahaja. facebook saya guna untuk check info2 penting macam notis2 dalam group dan lain2 maklumat. kalau twitter ni saya guna untuk semua benda, nak mengumpat, gosip dan lain2 yang saya rasa sesuai hihi

selain tu, facebook ada macam2 game -kalau uols semua gamers la- tapi twitter tak de semua tuh. so sebab tu saya cakap yang twitter ni lebih simple dan hipster -kencang tak word saya- hihi

ni pasal negaraku 
selain itu, kalau dekat facebook ade banyak page yang korang bole like, macam twitter pon bole jugak even share pon bole jugak okay. 1 perbezaan yang major ialah "hashtag (#)", ini yang buat twitter tu trending dengan isu2 tertentu. hurm so kat hashtag tu korang bole tengok ade je yang support isu tuh dan ade jugak yg maki2 bagai, so lumrah lah benda tu. manusia tak pernah puas hahaha

erm rasanye itu saje kot untuk kali ni, selamat bercuti bagi readers i yang tengah cuti sem tu -bebudak degree utamanya- hihi, ok bye ...

August 29, 2013

ragam dan rasa

hi semua, assalaamualaikum ! apa khabar semua readerz? harap2 semuanya sihat2 belaka

hurm baeklah, entry kali ni berkenaan dgn ragam dan rasa, erm apa yg korg sume rasa bila i sebut pasal "ragam". erm actually ia pasal manusia. maklumlah, manusia ni makhluk kompleks diciptakan tuhan yg mana kita adalah makhluk paling advance dr makhluk lain. ini kerana kita ada akal utk berfikir, dan kita lebih maju daripada makhluk yg berada di bumi Allah ini.

hurm ok, sebenanrnya manusia ni memang pelik, sebab kita x pernah rasa bersyukur atas apa yg kita ada, contoh, 2 orang kawan, A ada kereta B pon ada kereta, tapi berbeza syarikat keluaran, si A kereta dia keluaran Malaysia jer, tapi si B keluaran luar negara, jadi si A rasakan persaingan utk memiliki kereta yg sama mcm si B. utk dptkan kereta yang sama si A berusaha bermatian untuk memiliki model kereta yang sama. jika difikirkan secara logik, kereta semua sama tujuan nya untuk menggerakkan kita ke suatu tempat. jadi rasa nya duit yg kita dapat tu digunakan untuk tujuan lain. 

selain itu juga, manusia memang pelik sebab suka cari kesalahan orang, dalam kata lain, dengki. golongan ni memang ramai, x kira laki ke perempuan sama jer -eh aku lak yg emo kat sini hihi- golongan2 ni memang x pernah senang duduk dengan kejayaan orang lain, dorg akan cari jalan untuk jatuh orang lain supaya mereka terus berada di hadapan berbanding orang lain. orang2 macam ni jangan dijadikan kawan, sebab ada potensi dia tikam kita dari belakang. 

erm selain golongan hasad dengki, golongan baek pon ade, golongan ni memang banyaklah x terkata jumlahnya. haha. erm golongan ni selalu je jadi mangsa dalam pelbagai keadaan. golongan ni sepatutnya dijadikan teman sebab mereka ni akan dorg kita ke jalan yg benar dan kejayaan. jadi kita perlu hargai kehadiran diorang dalam kehidupan kita.

itulah ragam manusia, hayati kata2 diatas


hurm, baeklah cukup sahaja sampai di sini, yg baek itu datangnya dari Allah, yg buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. jupe nanti bye ... 

August 28, 2013

Diet vs Kurus kering (bahagian 2)

hai semua. assalaamualaikum!!! apa khabar? harap semuanya sihat2 belaka.
erm to all readerz, nak minta maaf sbb update blog lambat hari ni, maklumlah cuti semester kan ade berbaki hampir 2 minggu, jadi i pon beraya lah kat rumah member2. hihi, jalan2 cari makan gituh

erm ok berbalik pada tajuk kali ini, i rasa ramai yg menggemarkan tajuk ini, mungkin sbb ramai yg nak jadi kurus? -btw i xder la kurus mana, BMI pon ok2 jer, tahap ideal gituh- erm jadi kali ni, i nak bawak topik AIS KRIM.

hurm i yakin ramai yg gemar akan "makhluk" ini. secara fizikal nya ais krim boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa. bukan itu sahaja, harga pon korang patut  ambil tahu, almaklumlah sekarang ais krim pon dah terkenal di merata tempat, contoh BR (Baskin Robin) , Tutti Fruitti dan lain2 lagi yg i rasa uols semua tahu.


yummy, pelbagai perisa dan warna

baeklah, ais krim atau pon manisan adalah makanan yg kurang elok utk kita amalkan dalam pemakanan sebenanrnya. ini kerana manisan ini mengadungi kandungan gula yang tinggi -6 sudu uols banyak ok- selain itu manisan ini juga turut mengandungi bahan perasa -food coloring kata orang puteh hihi- yg mana kita sendiri xtahu berapa peratus bahan tersebut diletakkan dalam ais krim yg kita makan. 

jadi, i menggalak uols semua, selepas makan ais krim tu minum la air puteh banyak2, sebab nak bagi "neutralkan" kandungan gula dgn pewarna yg telah uols semua ambil. ini juga untuk elakkan uols semua kene penyakit macam batuk2 ke, selesema kan -i concern psl readerz i hot lagi jelita ok hihihi- 

baeklah, sampai disini dahulu berkenaan topik kita. hurm btw kurangkan manisan dalam makanan, tingkatkan manisan dalam senyum -promote iklan kementerian kesihatan malaysia katenye- ok bye, chow 

August 27, 2013

bengang

hai semua. assalaamualikum ! harap semuanya sihat2 belaka.

erm actually i ada benda nak dengan readerz semua tapi tak tahu macam nak start. erm i try untuk bagi uols semua faham lah yer. hihi. 2 bulan lepas i ade training taw, weols panggil LI (Latihan Industri). i buat dekat dengan kawasan rumah -sebab mak i memang tak bagi jauh2 tak sure sebab nya kenapa- btw mak i memang strict siket bab2 berjalan ni even i nak g jauh siket pon dah bising, so what do u expect from a mother right, layan kan aje -haha sengal-

erm after 2 month LI, harusler buat report kan, part ni memang menyampah sebab lecturer mintak a max of 20 pages report taw, but i? 60 pages plus2 -ko hade?- so da macam thesis da baca, i pon terpaksa mengorbankan 2 keping note merah dengan 1 keping note hijau -korang taw tak note2 ni duit nilai berapa? tak tahu sila buka dompet anda hihi-

erm ingatkan lepas habes LI bole relax2, erm dan2 bangun tido pagi tadi -kol 12 masih pagi kan? haha- tengok ade banyak sangat miss call dengan sms masuk, so agak terperanjat la kan. hurm tengok2 akak lab suruh betulkan report -what? i da submit kot, so how i nak bagi taw lecturer yang i kene edit segala mak nenek tuh?- so nak x nak i kene la edit kan, kalau x habes segala bende i study kat situ useless lah. hurm terpaksa lah mengedit benda yang sepatutnya i ignore je for these 2 weeks.

hurm, masalah sungguh bile buat kerja xder guide nih - i lah buat keje dengan yakin nya betul je semua kan- so guys, in the future, buat keje make sure re-check semua nya banyak2 kali xder lah jadi macam i, kalau tak kene la edit bagai dan buat sakit hati pon ade. haha. ok la readers semua, itu sahaja entry untuk kali ini, hope korang enjoy reading entry kali ni, and have a nice day peeps. chow 

August 26, 2013

Diet vs Kurus kering (bahagian 1)

hai semua, assalaamualaikum !!! sihat ? harap semuanya sihat2 belaka. 

hurm arini i bangun lambat cket sebab tengok movie kat Astro semalam, maklumlah cuti kan, jadi semua nak lambat. hihi. baeklah, actually kind of suprise suprise sbb viewers blog i makin bertambah, almaklumlah sebelum ni i off ber-blogging sebab busy dan sebagainya, tapi bile buka je dekat bahagian utama blog, tengok2 viewers blog i da bertambah, so thanks to all readers yang sudi baca blog i nih. hihi

ok kali ni i nak share psl tajuk post i : Diet VS Kurus Kering. erm i rasa hampir semua daripada kita nak kurus dengan cara berdiet betul x? hihi -haruslah i tahu sebab i pon pernah buat macam tu gak masa muda2 dulu2 hihi- erm to me as a student view, tak salah kalau kita nak jadi kurus dan diet tapi dengan cara yang betul. 

dalam dunia yang high tech ni, masing2 hidup nak mudah je, nak kurus beli je ubat atau pil pastu telan sampai kenyang. esok bangun sakit2 perut lah ape lah, ape kejadahnya semua tu kan. sekarang macam2 produk ade, produk A lah, produk B lah macam2 -xnak kene saman uols so letak ABC je yang mampu hihi- so sebagai warganegara yg bijak lagi pandai, uols semua kene lah rujuk dengan badan2 tertentu -bukan badan gajah taw hihihi- ini untuk kan korang jadi mangsa nak jadi kering aka tulang hahaha 

i rasa cukup sampai sini dulu lah -da macam bagi takzirah pulak kan- so to all readers buat lah pilihan yang tepat dan bernas, sayangi nyawa anda sbb ape ? nyawa hanya satu oleh itu hargailah orang tersayang kerana dirimu begitu berharga -iklan maybeline jap hihi- ok uols, chow 

August 25, 2013

boring

hi semua, assalaamulaikum ! harap semua sihat2 belaka. 

hurm actually arini hari bosan siket sbb tak tahu nak jawab macam mana. 1, sebab hari minggu so memang plan membuta sampai jam 1 lah -rutin kot dan jangan pernah nak pertikaikan- 2, cuaca hari ni tak menentu, mula2 panas pastu hujan so kalau nak plan g beraya pon memang tak disyorkan lah hihi

erm sebenarnya agak bosan duduk kat rumah sebab pergerakan terbatas -my reason lah tak taw la uols semua macam mana kan- so i pon prefer untuk duduk dalam bilik jer seharian pon ok even rasa macam takde life -skati la hidup i, i tak kacau line u kan so SHUT UP- 

kekadang tu ade gak terpikir yg stay dalam kampus tu lagi baek dari dok rumah macam orang bodoh. yelah duduk dalam kampus ade je aktiviti nak buat -even karox ke bowling or shopping and movies- kalau duduk rumah, paling habes pon makan , melongok depan tv sampai tak ingat dunia lepas tu berkeroh sampai petang -tapi tu bukan i lah- 

erm kat sini jelah i nak express boring tuh. 


ni lah muka i masa boring, cute en? hihi

August 24, 2013

I'm Back !!!!

hai semua, harap2 semua sihat2 la yer
hurm agak lama dah x berblogging , rasenya hampir 2 tahun kot, so ni bolei kire comeback la -gituh-

ok xnk celoteh panjang2 sbb ade orang x suka kan kalau jadi mak nenek , maklum la mulut macam celaka so sape je suke kens. 

ok last wednesday -20/08/2013- aku dengan kawan2 jimba lepas habes LI. yela masing2 busy bekerja kekdahnya so ni je chance utk weols bergembira kan, maklum la 2 bulan tu mcm 2 abad x jupe so bile da jupe tu harusler reunion lite2. hahahaha

benda pertama haruslah hantar report kan. sori pic report xdpt nk tunjuk sbb xsempat nk snap -choyy kan aku- hurm, otw nk keluar UPM tu lecturer sms ckp yg tempat die da tuka kat Makmal Kimia Lama, mmg gigih la mak jah buat U-turn tahap maut nyer kat area SS tuh, once da sampai Fakulti Sains -perlu ke mention nama fakulti buruk nij? ouch nanti kene saman dgn abg keselamatan, ade aku kesah? haha- terus amek balik report tu , letak kat tempat sepatutnya. peluh 1 badan aku, da la pakai baju putih masa tu, mmg sexy babe la aku kan. 

utk uols2 semua, weols g 2 tempat in 1 day : Alamanda dgn JJ Aeon Cheras Selatan, movies uols, xd yg lain. ni je yg weols mampu buat, ko hade? kekdahnye movie marathon, so layan kan ajer. hihi 

me - wanie - mak jah 

movie marathon : Despicable Me 2 - RIPD - The Conjuring
harapnya akan ade lagi moment2 mcm ni, thats for for this entry. c u soon bye2



Nuffnang Ads