Nuffnang Ads

Apesal.com

August 29, 2013

ragam dan rasa

hi semua, assalaamualaikum ! apa khabar semua readerz? harap2 semuanya sihat2 belaka

hurm baeklah, entry kali ni berkenaan dgn ragam dan rasa, erm apa yg korg sume rasa bila i sebut pasal "ragam". erm actually ia pasal manusia. maklumlah, manusia ni makhluk kompleks diciptakan tuhan yg mana kita adalah makhluk paling advance dr makhluk lain. ini kerana kita ada akal utk berfikir, dan kita lebih maju daripada makhluk yg berada di bumi Allah ini.

hurm ok, sebenanrnya manusia ni memang pelik, sebab kita x pernah rasa bersyukur atas apa yg kita ada, contoh, 2 orang kawan, A ada kereta B pon ada kereta, tapi berbeza syarikat keluaran, si A kereta dia keluaran Malaysia jer, tapi si B keluaran luar negara, jadi si A rasakan persaingan utk memiliki kereta yg sama mcm si B. utk dptkan kereta yang sama si A berusaha bermatian untuk memiliki model kereta yang sama. jika difikirkan secara logik, kereta semua sama tujuan nya untuk menggerakkan kita ke suatu tempat. jadi rasa nya duit yg kita dapat tu digunakan untuk tujuan lain. 

selain itu juga, manusia memang pelik sebab suka cari kesalahan orang, dalam kata lain, dengki. golongan ni memang ramai, x kira laki ke perempuan sama jer -eh aku lak yg emo kat sini hihi- golongan2 ni memang x pernah senang duduk dengan kejayaan orang lain, dorg akan cari jalan untuk jatuh orang lain supaya mereka terus berada di hadapan berbanding orang lain. orang2 macam ni jangan dijadikan kawan, sebab ada potensi dia tikam kita dari belakang. 

erm selain golongan hasad dengki, golongan baek pon ade, golongan ni memang banyaklah x terkata jumlahnya. haha. erm golongan ni selalu je jadi mangsa dalam pelbagai keadaan. golongan ni sepatutnya dijadikan teman sebab mereka ni akan dorg kita ke jalan yg benar dan kejayaan. jadi kita perlu hargai kehadiran diorang dalam kehidupan kita.

itulah ragam manusia, hayati kata2 diatas


hurm, baeklah cukup sahaja sampai di sini, yg baek itu datangnya dari Allah, yg buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. jupe nanti bye ... 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads